Sambal Tempe Ikan Bilis Rangup Dan Sedap. Boleh Cuba Resipi Mudah Ni.

Antara menu popular dan mudah dibuat adalah resepi tempe ikan bilis goreng. Ia menjadi menu pembuka selera, Ikan bilis yang di goreng rangup dan tempe segar menjadi hidangan sampingan bersama lauk lain. Bertambah sedap apabila di makan dengan nasi panas.

Melalui perkongsian oleh Puan Nora Mohd  boleh ikuti resipinya

BEGINI CARA NAK BUAT

Fav suami saya, buat stock untuk dia. Senang kadang time balik kerja tengah malam saya dah tidur dia lapar ke apa tinggal goreng telur je settle masalah.

Kalau beli yang ready made kat kedai tu selalunya dorang guna ikan bilis yang kasar hitam tu, dia punya masin Allahu. Hahahaha. Buat je sendiri ranggup + manis + pedas sesedap rasa. Sesuai juga untuk bawa travel obersi ke mana kan. Saya edit resepi kat bawah ye. 

BAHAN BAHAN

Ikan bilis (saya guna ikan bilis yang putih, dah siap kupas)

Tempe


*Cili kering
*Bawang besar
Gula & perasa (maggi cukup rasa)
Kicap manis
Sos cili

CARA CARANYA

Potong nipis tempe ikutlah nak banyak mana, ikan bilis cuci toskan. Panaskan minyak goreng garing ikan bilis & tempe. Blender bahan bertanda *.

Tumiskan bahan blender tersebut, sampai garing + gula lebih pun takpe nanti boleh adjust rasa, masukkan sos cili dalam 2sudu untuk memekatkan tumisan, renjiskan kicap sikit untuk warna yang menarik.

Tak perlu letak garam cukup adjust rasa dengan serbuk maggi sedap sedap rasa tu je. Dah memekat berkilat sambal tu tutup api masukkan bilis + tempe ranggup tadi gaul sebati.

Biarkan sejuk baru masuk dalam bekas kedap udara simpanlah tahan seminggu lebih kot kalau tak habis la kan. Hahaha. Selamat mencuba.

Boleh cuba resipi ini. Memang sedap!

Kredit: Nora Mohd

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

[ajax_load_more]