Resipi Kek Lapis Red Velvet Cheese Guna Sukatan Cawan Jer. Confirm Menjadi, Wanita Ni Kongsikan Caranya!

Kalau dulu sebut sahaja kek lapis pasti ramai yang terbayang akan rasanya yang enak. Tapi bila sebut nak membuatnya pasti ramai yang mengeluh susah. Sebenarnya mudah je, asalkan rajin. Jom cuba resipi ini dikongsikan oleh Puan Aznie Khasri . Tak susah dan guna sukatan cawan jer!
Ok done…. simple je.. Lama juga tak buat kek lapis ni.. Kek Lapis Red Velvet Cheese.. memang Fav ni….
Maaf lambat sikit bubuh resepi.. Selamat mencuba semua…

.

KEK LAPIS RED VELVET

BAHAN-BAHAN:
(Sz Loyang 8″× 8″ inci)
– 250g Butter/mentega
– 5 Biji telur ayam gred A
– 1 1/2 Cawan tepung gandum(diayak bersama serbuk koko)
– 2~3 Sudu makan serbuk koko(aznie bbh 1 1/2 s/b je)
– 3/4 Cawan gula kastor
– 1/2 Cawan susu pekat manis
– 1 Cup mixed berries yogurt(berat bersih 135g)
– 1 Sudu teh ovallette
– Pewarna merah

ADUNAN CHEESE:
* 500g Cream cheese
* 3 Biji telur ayam gred A
* 1/2 Cawan gula kastor
* Sedikit esen vanilla

CARA-CARA UNTUK ADUNAN CREAM CHEESE:

_ Putar cream cheese sehingga lembut, kemudian masukkan gula, putar lagi sehingga sebati. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar sehingga adunan sebati.

.

CARA-CARA:
Putar mentega dan gula sehingga putih dan kembang.
Masukkan ovallette dan pkl lg hingga gebu…
Masukkan telur satu persatu, putar sehingga sebati..
Masukkan susu pekat manis dan putar lagi sehingga sebati.
Masukkan sedikit demi sedikit tepung gandum dan serbuk koko yang sudah diayak.
Putar sehingga semuanya sebati dengan kelajuan yang perlahan.
Campurkan yogurt bersama pewarna merah, gaul sebati.


Dan masukkan ke dalam adunan tepung tadi,putar lagi dengan kelajuan yang perlahan.
Mulakan membakar adunan merah sebanyak 3 lapisan, setiap lapisan merah tu tak payah bagi kuning sangat. Bila dah Nampak kering dan masak bolehlah sudukan satu lagi lapisan, sebanyak 8 sudu makan. Dah habis melapis 3 lapisan, baru sudukan adunan cream cheese pula.
3- Adunan merah
1- Cream cheese


3- Adunan merah
dan seterusnya……… lapis sampai habis.
Panaskan oven180-170’c.
Griskan Loyang dan alas dengan baking paper

.

Selamat mencuba !!
** aznie bakar kek utk lapisan pertama aznie guna api atas bwh…lapisan kedua dan seterusnya.. aznie bakar guna api atas sahaja.. sm cr cm bt kek lapis biasa….
****UNTUK YANG NI ADUNAN RED VELVET AZNIE LEBIHKAN UNTUK LAPISAN ATAS JUGA BAWAH.. BAHAGIAAN TENGAH AZNIE BUBUH SATU LAPISAN… SELALU 3 LAPISAN…

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

[ajax_load_more]