Resipi Bubur Candil Bukan Jer Cantik, Rasa Lemak Santan Memang Memikat. Nak Buat Pun Mudah Jer!

Tengok pun dah menarik, pasti sedap ni kalau dimakan bersama santan memang best. Rasa lemak santannya memang memikat. Ditambah pula dengan ais dan dimakan waktu petang mahupun tengah hari. Cukup menyelerakan. Warna ungu dari ubi keledek yang digabungkan bersama kuning dari jagung memikat selera si anak.

Ibu-ibu yang baru nak cuba boleh lah sediakan untuk seisi keluarga petang ini. Caranya yang ringkas, mudah tetapi menyelerakan. Resipi ini dikongsikan oleh puan Nor Haidah Md Said 


Dah lah cantik, sdp plak tu..
Bukannn kata hakakkk, kata bubur candil ni haa…😂😂😂

Resepi bubur candil hakak :

Bahan-bahan

  • 1 kg Ubi keledek ungu,
  • 2 cawan isi jagung
  • 7-8 sudu besar Tepung ubi
  • 500ml santan pekat
  • 350-400 ml air
  • secubit garam
  • gula melaka/gula putih secukupnya
  • Dua helai daun pandan

Cara membuat:

  • Ubi keledek direbus hingga empuk, kemudian dilenyek dan ketepikan.
  • didihkan air,
  • Masukkan tepung sikit2. Uli sekata sampai jadi doh dan keledek tu tak pecah2 bila dibentuk.
  • Gentel lah bulat2 ikut nak kecik ke besar.
  • Apabila air mendidih masukkan doh bubur candil dan biarkan terapung baru diangkat.
  • Di dalam bekas lain, masukkan santan, masuk daun pndan, gula secukupnya dan secubit garam.
  • Kemudian, masukkan doh bubur candil tadi ke dalam santan. Buka api semula dan masak. Masukkan isi jagung
  • Dah siap.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

[ajax_load_more]