Resepi Lempeng Viral. Mudah Dan Lembut Lempeng Ni.

Lempeng antara hidangan yang mudah nak buat. Tetapi jika salah resepinya memang jadi keras dan tak cantik.

Bagi ibu bapa yang masih bercuti boleh lah masak hidangan untuk anak-anak. Menu raya tolak tepi dulu, apa kata masak lempeng, makan panas-panas dengan sos coklata, madu, sambal tumis atau susu pekat manis, tentu anak-anak suka!

Ikuti perkongsian puan Kaseh Sery via Masak Apa Hari Ini

 

Resepi Lempeng Viral!

 

Bahan :

3 senduk tepung gandum
1 biji telur
1 sudu kecil mauripan
2-3 sudu gula
Sedikit garam
2-3 cawan air
(adunan tak cair sgt, tak pekat sgt)

Cara :

Kacau sebati semua bahan dan biarkan adunan lebih kurang 1 jam. Kemudian, masak lah macam masak lempeng biasa.

 

*Resepi turun temurun ibuku..satu family suka! Sedap dicicah dgn sambal tumis atau susu pekat manis

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

[ajax_load_more]