Ramai Puji Pasangan Pengantin Ini Bertukar Dulang Hantaran Barangan Kegunaan Rumah. Bijak!

Bila bercakap tentang hadiah hantaran, kita tahu barangan itu haruslah merupakan sesuatu yang boleh diguna pakai oleh pasangan pengantin dalam kehidupan harian

Selalunya untuk pengantin lelaki, akan diberikan barangan yang boleh dipakai seperti pakaian, dompet, jam tangan, dan kasut. Manakala untuk pengantin perempuan pula, ramai yang membayangkan perempuan idamkan pelbagai barangan solek dan produk penjagaan diri.

Gambar adalah sekadar hiasan.

Gambar adalah sekadar hiasan.

Image via Ask Wedding

Kalau mempunyai duit lebih, ramai yang akan meminta barangan seperti gizmo dan gadget seperti telefon bimbit, komputer mahupun konsol PlayStation dan XBox untuk diberikan sebagai hadiah kepada pasangan masing-masing.

Tapi bukankah lebih menarik sekiranya hadiah hantaran itu merupakan barangan yang boleh digunakan oleh kedua-dua pasangan pengantin?

Baru-baru ini tular di sosial media gambar barangan hantaran dari sepasang pengantin yang ternyata jarang dilihat!

Siapa sangka, kedua pasangan pengantin tersebut memilih untuk menjadikan barangan hantaran mereka perkakasan dapur dan barangan elektrik rumah.

Idea sebegini bukan sahaja unik dan jarang diihat bahkan merupakan satu idea yang sangat bernas. Manakan tidak, selesai sahaja majlis perkahwinan, pasangan ini tidak perlu lagi mengeluarkan duit untuk membeli kelengkapan rumah mereka.

Gambar barangan hantaran tersebut telah dikongsikan oleh pengguna Twitter, Ayu Kurus, yang sebenarnya diambil melalui screenshot dari IG Story seorang jurumekap pengantin, @annawatiemakeupartist.

Perkongsian ini telah berjaya menarik perhatian ramai dan mendapat lebih 9 ribu retweets lebih 6 ribu likes!

 

Rata-rata netizen berasa teruja dan meninggalkan reaksi mereka di ruangan komen:

Dapat hadiah hantaran macam ini, malam itu terus masak sedap-sedap!

Image from Gifer

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

[ajax_load_more]