Raja Permaisuri Agong Masak, Beri Makanan Kepada Para Doktor & Jururawat Hospital

Umum mungkin sudah mengetahui bahawa baginda Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri memiliki keperibadian yang sangat murni dan berjiwa rakyat

Image from Gempak

Image via Gempak

Tidak dapat dinafikan, YDPA Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sangat disenangi kerana mudah didekati dan sering prihatin dengan masalah yang dihadapi oleh rakyat dan negara.

Sebagai contoh semalam, YDP Agong telah memandu sendiri kenderaan untuk meninjau beberapa lokasi termasuk sekatan jalan raya yang dilakukan pihak polis susulan Perintah Kawalan Pergerakan.

Hari ini, seakan memahami kepenatan dan kepayahan yang dilalui oleh para petugas barisan hadapan, Raja Permaisuri Tunku Hajah Azizah pula mengharukan negara apabila baginda menghadiahkan makanan kepada kakitangan Hospital Sungai Buloh.

Perkara itu telah dikongsikan sendiri puteri baginda, Tengku Puteri Afzan Aminah sebentar tadi

Menerusi satu tweet yang dimuatnaik, Tengku Afzan memaklumkan bahawa Raja Permaisuri Agong telah menyediakan makanan dengan memasak sendiri untuk diberikan para doktor dan jururawat di Hospital Sungai Buloh.

Baru beberapa jam ia dimuatnaik, tweet tersebut telah mendapat lebih daripada 5 ribu RTs dan hampir 12 ribu tanda suka.

Perkongsian berita yang dibuat Tengku Afzan itu telah membuatkan rakyat terharu dengan keprihatinan yang ditonjolkan oleh baginda

Alhamdullilah, terima kasih Tuanku. Semoga ia sedikit sebanyak dapat memberikan semangat dan motivasi kepada doktor dan jururawat yang bertugas.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

[ajax_load_more]