Lebih 8k ‘Shares’, Wanita Ini Kongsi Resepi Donat Paling Gebu & Mudah Guna 4 Bahan Je!

Donat sememangnya snek kegemaran ramai kerana teksturnya yang gebu dan lembut!

Image via kisahresepi.com

Image via kisahresepi.com

Tetapi untuk menghasilkan donat yang gebu gebas, anda biasanya memerlukan jangka masa yang lama kerana adunan donat perlu direhatkan. Memang agak susah lebih-lebih lagi jika anda tiada masa.

Oleh itu, resepi donat ini unik kerana anda tidak perlu merehatkan doh. Hanya perlu hasilkan adunan dan gorengkan sahaja. Jom cuba? 😀

Untuk resepi donat gebu yang hanya menggunakan 4 bahan, ikuti perkongsian pengguna Facebook Shima Chym yang telah mendapat sebanyak 8.8k shares!

Antara bahan yang diperlukan adalah:

Bahan A

  • 2 sudu besar yis
  • 2 sudu besar susu pekat
  • 3/4 cawan air suam
  • 1 sudu teh garam

Bahan B

  • 2 sudu marjerin
  • 2 cawan tepung gandum

Jom ikuti cara membuatnya pula:

1. Gabungkan Bahan A dan gaulkan sehingga sebati. Rehatkan agar campuran yis menjadi kembang.
2. Gaulkan Bahan B menggunakan tangan sehingga sebati.
3. Gabungkan Bahan A dan Bahan B dan gaulkan sehingga adunan tidak lagi melekat di tangan dan boleh diuli menjadi bulat.
4. Hasilkan bebola doh kecil dengan menggengamkan adunan dan mengeluarkan doh di celah jari. (Rujuk kepada gambar di bawah)
5. Bulatkan doh dan hasilkan lubang di tengah menggunakan jari sahaja. Cucukkan menggunakan jari dan tarik sehingga lubang terbentuk. Anda juga boleh menggunakan acuan jika ada.
6. Seterusnya, panaskan minyak dan gorengkan donat sehingga bertukar menjadi perang keemasan. Angkat dan toskan.

Apabila donat sudah siap digoreng, salutkan dengan gula kastor, coklat atau apa sahaja toppings kegemaran anda. Sedap dan dijamin gebu gebas tau!

Sumber resepi: Shima Chym

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

[ajax_load_more]