Lebih 6k ‘Shares’, Wanita Ini Kongsi Resepi Sosej Roll Keju Untuk Si Kecil. 5 Bahan Je!

Memasak untuk anak kecil sememangnya mencabar kerana mereka terlalu memilih makanan

Image from giphy.com

Image via giphy.com

Tetapi sosej sudah semestinya salah satu snek kegemaran anak kecil. Ibu bapa hanya perlu tahu cara-cara menghasilkan hidangan yang lebih mengenyangkan buat anak-anak kecil di samping menggunakan bahan-bahan murah.

Jika anda ingin mencari idea hidangan lazat yang pasti menarik perhatian anak kecil, anda wajib mencuba resepi Satay Sosej Roll Cheese ini! 😀

Untuk resepi Sosej Roll Cheese mudah, ikuti resepi perkongsian pengguna Facebook Yunk Mardhiah ini yang telah mendapat sebanyak 6.6k shares!

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 5 keping roti
  • 5 keping keju
  • 5 sosej
  • 1 cawan serbuk roti
  • 1 biji telur
  • Lidi

Jom ikuti cara-cara membuatnya pula:

1. Leperkan roti menggunakan pencanai. (Anda juga boleh membuang kerak roti jika anda mahu)

2. Letakkan keju dan sosej.

3. Gulungkan roti.

4. Kemudian, cucukkan roti gulu sosej dengan lidi.

4. Celupkan ke dalam telur yang sudah di pukul.
5. Seterusnya, salutkan roti sosej dengan serbuk roti.
6. Gorengkan roti sosej sehingga rangup atau bertukar menjadi perang keemasan.

Apabila Sosej Roll Cheese sudah siap digoreng, inilah hasilnya. Anda juga boleh meletakkan apa-apa sos mengikut cita rasa anak kecil anda. Simple, rangup dan murah!

Jika anda mempunyai masalah anak yang memilih makanan, resepi ini pasti dapat menarik perhatian mereka. Bukan sahaja menggunakan bahan-bahan yang mudah didapati, malah resepinya juga ringkas sekali.

Dengan resepi, anak anda pasti tidak akan memilih antara roti atau sosej. Memang enak dimakan begitu sahaja!

Sumber resepi: Yunk Mardhiah

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

[ajax_load_more]