Lebih 6K ‘Shares’, Wanita Ini Kongsi Resepi Ikan Siakap Stim Ala Thai Yang Mudah dan Lazat
Jom buat ikan stim ala thai di rumah je?
Image via Zurina Zulkefli/Facebook
Bila sebut ikan siakap stim je, mesti teringat kedai Thai yang kita biasa kunjungi. Tapi kini, anda tidak perlu risau lagi untuk pergi ke kedai. Buat sahaja sendiri di rumah kerana resepinya lebih senang dari anda jangkakan.
Resepi ikan siakap stim ini memang cukup rasa dari segi masam, masin, pedas dan manisnya. Jika anda tiada ikan siakap, anda boleh juga cuba membuat resepi ini dengan ikan lain. Resepi ini juga menggunakan bahan-bahan yang amat ringkas jadi anda tidak perlu risau untuk keluar rumah pun! Jom tengok resepinya?
Untuk ikan siakap stim ala Thai yang ringkas dan sedap, ikuti perkongsian pengguna Facebook Zurina Zulkefli yang telah mendapat sebanyak 6k perkongsian!
Bahan-bahan yang diperlukan adalah:
- Seekor ikan siakap
- 2 biji limau nipis (dipotong dua)
- 1 batang serai (dihiris nipis)
- 5 halia (dihiris nipis)
- 3 cili merah kecil (dihiris)
- 3 cili hijau kecil (dihiris)
- 5 ulas bawang putih (dicincang)
- 1 batang daun ketumbar
- 1/2 kiub pati ayam
- 4 sudu besar sos ikan
Image via Zurina Zulkefli/Facebook
Mari lihat cara untuk membuatnya:
Cara kukus ikan
1. Bersihkan ikan siakap dan hiris bahagian badannya.
2. Selepas itu, masukkan halia dan serai ke dalam perut ikan.
Image via Zurina Zulkefli/Facebook
3. Kemudian, perahkan jus limau nipis ke atas ikan untuk menghilangkan bau hanyir.
Image via Zurina Zulkefli/Facebook
4. Setelah itu, kukuskan ikan selama 5 minit dan biarkan seketika pada suhu api perlahan.
Cara masak kuah stim ala Thai
1. Gorengkan bawang putih di dalam kuali sehingga warna kuning keemasan.
Image via Zurina Zulkefli/Facebook
2, Padamkan api dan masukkan sedikit air suam, setengah kiub pati ayam, 4 sudu besar sos ikan, 1 sudu kecil gula, cili hijau, cili merah, lebihan serai dan perahan jus limau.
Image via Zurina Zulkefli/Facebook
3. Rasa dahulu kuahnya dan tambahkan air, garam dan gula mengikut citarasa sendiri.
4. Kemudian, kacaukan kuah sehingga semuanya sebati.
Langkah terakhir
1. Tuangkan kuah stim ke atas ikan siakap dan taburkan hirisan daun kertumbar.
2. Kukuskan lagi ikan siakap bersama kuah selama 3 minit.
Image via Zurina Zulkefli/Facebook
Apabila ikan siakap stim ala thai anda sudah siap, inilah hasilnya. Hidangkan semasa panas pada keluarga tercinta dan confirm mereka akan suka!
Image via Zurina Zulkefli/Facebook
Sumber resepi: Zurina Zulkefli.