Lebih 4.6k ‘Shares’, Wanita Ini Kongsi Resepi Ayam Gunting Rangup Ala Uncle Bob. Mudah Je!

Ayam gunting crispy dan pedas yang disediakan panas-panas sememangnya snek kegemaran ramai. 😀

Image via resepibonda.my

Image via resepibonda

Tidak boleh dinafikan yang snek ini sangat menyelerakan. Makan pun tak puas! Tetapi harga untuk satu hidangan ayam gunting ini agak mahal.

Untuk pengetahuan anda, ayam gunting ini begitu murah sekali jika anda sediakan sendiri di rumah. Lagi banyak ayam boleh dapat tau!

Untuk resepi ayam gunting ala Uncle Bob yang berbaloi, ikuti perkongsian resepi dari pengguna Facebook Zaitun Abd Hamid yang telah mendapat sebanyak 4.6k shares!

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

Bahan perapan

  • Dada ayam (dipotong nipis)
  • 4 sudu sos tiram
  • 4 sudu serbuk BBQ atau sos lada hitam jenama Kimball
  • Sedikit jus perahan lemon atau limau

Bahan saduran

  • Tepung serbaguna pedas atau original (Tepung Bistari)
  • Tepung ubi atau tepung beras
  • Sedikit serbuk roti

Bahan perasa

  • Serbuk cili
  • Serbuk lada putih

Jom lihat cara-cara membuatnya pula:

1. Gaulkan bahan perapan dengan ayam dan perapkan selama 1 jam.
2. Dalam mangkuk besar, gabungkan semua bahan saduran dan gaul sehingga sebati.

3. Salutkan ayam dengan bahan saduran. Tumbukkan ayam dengan lesung batu untuk memastikan tepung melekat dengan padat.

4. Apabila ayam sudah siap disalut, gorengkan ayam sehingga perang keemasan. Angkat dan toskan.

5. Taburkan sedikit lada putih dan serbuk cili sebaik sahaja ayam sudah digoreng.

Apabila sudah selesai digoreng dan ditaburi perasa, ayam goreng sudah siap untuk digunting mengikut saiz yang anda suka!

Senang betul jika hidangan ini disediakan sendiri di rumah. Malah, resepi ini juga lebih sihat kerana tidak menggunakan perencah yang penuh dengan MSG. Memang sesuai buat ibu-ibu di luar sana yang ingin menyediakan alternatif snek yang murah dan lazat. Selamat mencuba!

Sumber resepi: Zaitun Abd Hamid

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

[ajax_load_more]