Lebih 11k ‘Shares’, Wanita Ini Kongsi Resepi Kubis Gulung Sihat & Lazat. Senangnya!

Ramai orang bersangka bahawa makanan sihat adalah membosankan dan tidak menyelerakan. Tetapi, terdapat pelbagai alternatif makanan sihat yang melazatkan lagi menyihatkan.

Image via sedapfood.com

Image via sedapfood.com

Image via sishawa.com

Image via sishawa.com

Image via wanista.com

Image via wanista

Contohnya, resepi kubis gulung yang rendah karbohidrat dan tinggi protein ini. Resepi ini juga tidak menggunakan minyak yang banyak kerana hanya menggunakan pengukus. Memang sesuai untuk anda yang sedang berdiet! Anda juga boleh mengubahsuai resepi ini mengikut cita rasa anda dengan menambahkan tauhu, telur atau banyak lagi. Jom cuba? 😀

Untuk resepi Kubis Gulung yang simple dan berkhasiat, ikuti perkongsian pengguna Facebook Az Hanie Ismail yang telah mendapat sebanyak 11k shares!`

Antara bahan yang diperlukan adalah:

  • Kubis hijau
  • Daging ayam kisar
  • Bawang putih
  • Bawang merah
  • Serbuk lada hitam
  • Serbuk lada putih
  • Serbuk Maggi Cukup Rasa
  • Serbuk cili
  • Lobak merah
  • Kubi ungu

Jom ikuti cara-cara membuatnya pula:

1. Tumiskan bawang putih dan bawang merah sehingga naik bau.

2. Kemudian, masukkan daging ayam kisar sehingga kering.

3. Masukkan lobak, kubis ungu dan tumis sekejap.

4. Tambahkan perasa seperti lada hitam, lada putih, serbuk cili dan serbuk Maggi Cukup Rasa mengikut cita rasa anda.

5. Seterusnya, celurkan kubis terlebih dahulu agar mudah untuk digulung.

6. Letakkan inti ayam di bahagian tengah kubis.
7. Gulungkan dengan rapi seperti popiah. Lipatkan bahagian atas dan bawah ke arah dalam dan lipatkan bahagian kanan dan gulungkan.
8. Ikatkan kubis gulung anda dengan daun kucai.
Image from fbcdn.net

Image via fbcdn.net

9. Seterusnya, kukuskan kubis gulung selama 3 minit.

Apabila kubis gulung sudah siap dikukus, inilah hasilnya. Ringkas, sihat dan paling penting sekali, sihat. Rugi kalau tak cuba!

Sumber resepi: Az Hanie Ismail

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

[ajax_load_more]