KFC Perkenal ‘Spicy Chick N Go’ Baru Ala Ayam Gunting Untuk RM4.90 Je. Murah & Sedap!

Excited betul kami apabila mendapat tahu KFC telah memperkenalkan menu terbaru mereka iaitu Spicy Chick N Go yang telah tular di media sosial!

Memang tidak hairan kenapa menu baru ini telah mendapat sambutan hangat kerana ayam goreng ini sama seperti ayam gunting yang digemari orang ramai.

Dada ayam yang digunakan pula tidak mempunyai tulang. Malah, digoreng sehingga rangup dan mempunyai serbuk perasa pedas yang mantap!

Anda boleh menikmati Spicy Chick N Go ini pada RM4.90 sahaja untuk menu ala carte. Manakala untuk RM8.90, anda boleh dapatkan set air dan wedges. Murah betul!

Lihat sahaja pun sudah tahu betapa rangupnya ayam goreng ini! Jika anda menggemari ayam goreng pedas, anda pasti akan suka Spicy Chick N Go ini.

Menu ini hanya boleh didapati pada masa yang terhad sahaja tau. Dapatkan sebelum terlambat!

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

[ajax_load_more]