Cara Buat Cucur Manis Stick Ala Churros Yang Rangup Di Luar Lembut Di Dalam. Guna Tepung & Gula Jer, Memang Sedap!

Menyediakan hidangan buat seisi keluarga kadang kala boleh menyebabkan ibu-ibu garu kepala. Pening dan buntu apa yang disediakan dan yang penting boleh memikat selera keluarga.

Untuk hidangan minum petang misalnya, tak perlu susah-susah cuba resipi yang rumit. Pilih je yang mudah-mudah dan paling penting sedap. Sebagai contohnya, resipi ini yang hanya menggunakan guna tepung gandum sebagai bahan utama.

Manakala bahan lain seperti  gula, garam dan minyak masak adalah sampingan sahaja. Serius sangat ringkas dan mudah kan!Tak perlu nak pecahkan telur atau guna baking soda bagai.

Ibu-ibu cuba dulu resepi cucur manis stick ala churros yang dikongsikan oleh E-mah Najmah ini. Pasti anak-anak terpikat dengan rasanya yang sedap.


Petang-petang macam ni bila tiba-tiba anak kata dia lapar, mak laju ke dapur selongkar barang. Tengok-tengok yang ada cuma tepung gandum je. Kemain ligat kepala mak pikir nak masak apa, maka jadi lahh…

Cucur manis sticks 🎉🎉

Buat bentuk sticks ni senang, cucur tak akan jadi herot petot. Tak la malu sangat nak bagi laki makan 🤭😂 anak-anak pulak rasa macam chuross kahkah laju habis dik. Sedap makan petang-petang ni, lagi-lagi kalau hujan perghh layannn.

Bahan-bahan:

2 cawan tepung gandum
2 cawan air
3-4 sudu besar gula
1 sudu besar minyak masak
1 sudu kecil garam

Cara membuat:

Churos versi kampung 🤭😂 sedap dik, rangup di luar, lembut di dalam

Mula-mula masak air, gula, minyak & garam. Masak sampai semua gula larut. Air dah mendidih, tutup api.

Letak tepung dalam bekas yang sesuai. Saya guna tepung gandum cap ros. So far yang ni best, tepung lain kadang-kadang jadi lembik sikit.

Tuang air gula yang dimasak tadi ke dalam tepung.

Kacau-kacau, gaul rata. Tunggu sejuk sikit, uli-uli pulak dengan tangan, nak pastikan semua tepung sebati dengan air gula.

Ni rupa lepas dah uli. Doh ni sepatutnya tak melekat kat tangan ye.

Bentukkan panjang-panjang macam ni, lepas tu potong. Ikut suka nak potong jadi panjang mana. Kat rumah ni anak-anak ramai, kena buat kontot-kontot sikit, bagi dapat banyak 🤭

Panaskan minyak, goreng guna api sederhana. Balik-balikkan, goreng sampai perang ya.

Dah siap! 😁 luar rangup, tapi lembuttt je kat dalam. Kalau nak buat lagi gemuk-gemuk pun boleh je. Atau nak buat bentuk lain, sukati hehe

Cicah pulak dengan sos thai, nyummmm🤤🤤

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

[ajax_load_more]