Begini Caranya Kalau Nak Sambal Bilis Lebih Enak & Power, 6 Bahan Ni Kena Ada. Memang Terangkat

Bagaimana nak jadikan rasa sambal lebih sedap dan power? Itu yang sering menjadi luahan ibu-ibu apabila nak buat sambal bilis yang sedap kan. Lepas ni, boleh cuba petua yang dikongsikan oleh Wan Luqman ini.

Walaupun nampak sedikit berbeza tetapi mudah jer nak buatnya. Yang penting kena ada halia, buah keras dan tak ketinggalan gula melaka. Jom ikut caranya. Nampak macam sedap.


1. Tumis dulu bawang kisar dan cili kisar. Make sure kisar cili yang gelap warnanya..baru menarik. Make sure minyak banyak ya.

2. Aku masukkan beberapa hiris halia. Suka ada after taste halia sikit-sikit.

3. Masukkan belacan. Guna belacan yang busuk-busuk sikit..baru sedap!

4. Tumis lagi sampai pecah minyak lepas masuk belacan tu. Tumis dalam 20 minit.

5. Check dari semasa ke semasa.

 

6. Masukkan air asam jawa, aku rasa dalam 4 cawan kecik. Main agak-agak je ni.

7. Masukkan gula melaka, aku guna dua ketul…manis berlemak, tetapi tidak terlalu manis.

8. Masukkan buah keras dalam 2 hingga 3 biji. Tumbuk lumat.

9. Tumis lagi…jangan risau keadaan minyak sebegitu. Main sambal ni, minyak memang kena banyak…nanti boleh buang.

10. Masukkan garam, dalam sesudu kecil. Tapi jangan banyak sangat, nanti nak masukkan ikan bilis.

 

11. Sambung tumis dalam sejam, check keadaan bawang. Aku suka bila bawang tu dah transparent..sikit lagi.

12. Masukkan ikan bilis yang telah digoreng separa masak. Bilas-bilas dulu ok sebelum goreng, nanti masin sangat.

13. Seee…bawang yang telah lutsinar macam ni lah yang dicari sejak 50 tahun lepas.

14. Setel…masak sambal dalam sejam setengah. 1 jam 30 minit.

15. Lookie that…paduuuuuuuu.

Selamat mencuba!

Sumber: Wan LuQman

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

[ajax_load_more]