Amalkan Seisi Keluarga Doa Ni. Agar Dijauhi Corona Virus.

Pastinya berita virus yang berasal dari Wuhan, China dan lebih dikenali sebagai Coronovirus menjadi topik utama sekarang.

Malah virus ini kini telah menjangkiti lebih daripada 800 orang di sana dan telah merebak ke sepuluh negara yang lain, termasuk Malaysia.

Sudah tentunya Kementerian Kesihatan Malaysia mengeluarkan panduan pencegahan untuk mengelak dijangkiti. Selain menjaga kebersihan tangan, mengelak berada di tempat yang sesak serta beberapa panduan lain, bagi yang beragama Islam boleh lah amalkan doa ini. Sebagaimana yang dikongsi oleh saudara Hafizul Hakim di laman facebooknya.

Semoga kita dan rakyat Malaysia dijauhi dari virus ini.

DOA DIJAUHI CORONA VIRUS

Rasulullah pernah menyarankan agar jangan memasuki kawasan yang ditimpa wabak dan orang yang berada di dalam kawasan wabak tersebut dilarang meninggalkan tempat tersebut.

Ini bertujuan bagi mengekang penularan dan kebinasaan ke kawasan lain.

al-Imam al-Bukhari merekodkan riwayat berkenaan Saidina Umar yang bermusafir ke negeri Syam.

Beliau kemudian dimaklumkan tentang wabak penyakit yang menimpa tempat yang dituju tersebut. Salah seorang sahabat bernama Abdul Rahman ibn Auf menasihatkan:

إن عندي في هذا علما سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: «إذا سمعتم به في أرض فلا تقدموا عليها، وإذا وقع بأرض وأنتم بها فلا تخرجوا فرارا منه».

“Sesungguhnya aku mempunyai ilmu tentang perkara ini. Aku pernah mendengar Rasulullah bersabda: Sekiranya kamu mendengar tentang sesuatu wabak di satu tempat maka janganlah kamu memasukinya, manakala sekiranya wabak tersebut telah melanda sesuatu tempat, jangan pula kamu meninggalkan tempat tersebut (bagi mengawal penularan).”

Mendengar nasihat Abdul Rahman ibn Auf ini, Saidina Umar memuji Allah kerana keputusan yang beliau buat selari dengan hadith Nabi iaitu menghentikan hasrat untuk meneruskan perjalanan ke tempat yang ditimpa wabak tersebut.

Wallah wallam.

Semoga jadi panduan bersama.

Sumber: Hafizul Hakim

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

[ajax_load_more]