Confirm Jadi! Ini Resipi Roti Boy Sedap Dan Lembut. Patutlah Viral.

Umum sudah mengetahui bahawa bahana wabak Covid-19 yang melanda dunia telah menyebabkan kerajaan persekutuan Malaysia untuk melaksanakan PKP bermula daripada 18 Mac yang lalu sehinggalah ke hari ini.

Jadi memang sudah dijangkakan, ramai di antara kita yang mula membuat aktiviti-aktiviti di rumah demi mengisi masa dan mengelak rasa bosan sepanjang berlangsungnya PKP ini.

Sudah tentu antara kita telah mencuba pelbagai resepi-resepi viral yang didapati di dalam media sosial. Terbaru, resipi roti boy menjadi trending. Maklumlah kena duduk di rumah tentu mengidam makanan yang sebelum ini kita beli sahaja di kedai.

Kepada yang mengidam nak makan roti boy tu boleh cuba buat menggunakan resipi yang dikongsi oleh puan Maisarah Zakariah. Confirm jadi! 

RESIPI ROTI BOY @ MEXICAN BUN

Bahan-bahan untuk buat roti

1. Tepung Gandum 300gram (lebih kurang 3 cawan)

2. Gula 70gram (around 2/3 cawan, if suka manis boleh letak 1 cawan)

IKLAN

3. Mentega 30gram

4. Telur sebijik

5. Yis 1 sudu besar

6. Susu segar 150ml **suhu bilik

7. Salted butter (untuk letak dalam doh roti)

Cara penyediaan: 

Okey mula-mula sekali kau masukkan yis sesudu ke dalam susu segar. Kacau slow2 and biarkan yis tu kembang dalam 10 minit.

 

2. Next, ambik bekas besar gaulkan mentega, tepung dan gula.

 

3. Masukkan telur. Gaul lagi biar sebati.

 

4. Okey yis dah kembang, kau amek and tuangkan ke dalam adunan tepung tadi. Uli sampai doh tak melekat pada tangan.

 

5. Dah siap uli kau biarkan doh ni berehat selama sejam. Make sure tutup bekas ni rapat-rapat okey. Boleh tutup dengan plastik wrap, atau kain lembap. Sebab hakak malas nak cari kain lembap so hakak amek pinggan yang ada je tutup. Pandai-pandailah kome 

 

6. Sejam kemudian…… Adunan akan kembang sekali ganda saiz dari asal. Sekarang buat tangan macam nak tumbuk orang tu. Ni macam ni ✊🏼 kau tumbuk-tumbuk doh tu biar keluar angin. Dush-dushgh rasakan!!!!

 

7. Okey now, boleh amik doh tadi, agak-agak la saiz untuk sebijik roti boy. Kalau doh melekat-lekat kat tangan boleh guna tepung gandum ratakan atas tapak tangan so that senang nak bentukkan bulat nanti. Atau, boleh jugak kau bahagikan siap-siap doh ni kepada 10 bahagian (mewakili 10 bijik roti boy yang akan terhasil). Yup, roughly satu adunan ni boleh hasilkan around 10bijik roti. Jangan lupa, prepare salted butter untuk dimasukkan dalam roti. Kalau tak faham rujuk next video.

8. Ini caranya kau nak bentukkan sebijik roti boy. Enjoyssssssss 

9. Taraaaaa. Dah siap! Okey sekarang biarkan dulu roti ni berehat dalam 10-15 minit.

 

Topping roti

Dah setel roti, biarkan ia berehat dulu. Now kita sediakan topping pulak.

Apa yang diperlukan adalah;

1. Tepung gandum 50 gram
2. Gula 40 gram
3. Mentega 60 gram
4. Telur sebiji
5. Serbuk nescafe 3 sudu, bancuh dengan air suam (jangan cair sangat, just untuk larutkan nescafe)

Cara penyediaan:

10. So kau boleh prepare topping. Pukul mentega dan gula sampai creamy.

 

11. Jangan lupa gandum dan sebijik telur.

 

12. Larutkan serbuk nescafe bersama air suam. Kacau sebati.

 

13. Now masukkan nescafe yang dah larut ke dalam adunan mentega dan gula tadi.

 

14. Masukkan telur and pukul sampai jadi creamy.

 

15. Masukkan tepung gandum. Pukul lagi.

 

16. Dah jadi creamy macam ni kira okey sangat dah tu. 👍🏻
17. Amek piping beg, masukkan topping macam ni. Next!

18. Silalah letak topping tadi ke atas roti boy kau yang sudah semakin membesar macam dalam video ni.

19. Dah siap! Ready untuk dibakaq!
20. Oven kau jangan lupa panaskan siap-siap tau. Lupa pulok nak pesan awal tadi. Okey boleh bakar roti boy pada suhu 170 degree selama 20 minit, pakai api atas bawah. (Mungkin berbeza mengikut oven masing-masing)
 21. Fuhhhh masa ni dapur kau akan berbau harummmm semerbak! Aroma kopi tu ya rabbi.
22. Nikmatilah roti boy hasil air tangan sendiri dengan penuh kegembiraan dan kepuasan. Nak lagi ohsem pi bancuh kopi O panas-panas. Oh bahagiaaaaa 
23. Majulah roti boy untuk keluarga terchenta! Selamat mencuba. Dipersilakan share. Dah buat nanti upload picture kat posting ni tauuuu. 

Selamat mencuba!

Sumber: Maisarah Zakariah

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

[ajax_load_more]