Widget yang perlu ada pada blogspot

Posted on

Pada entri kali ini, gua ingin berkongsi sedikit pandangan tentang penggunaan widget yang sesuai pada blog. Pandangan ini adalah berdasarkan pengalaman yang seterusnya membawa kearah proses penambahbaikan. Dan proses ini adalah berterusan demi kepuasan visitors.

Seperti yang kita semua maklum, widget ataupun gadget ini merupakan satu elemen tambahan yang sangat penting didalam blog. Penggunaan widget mampu menambahkan lagi seri sesebuah blog. Kata oranglah.

Biasanya, jika kita baru pertama kali membina blog, kita jadi keliru dan tidak tahu widget apa yang sepatutnya di pasang pada blog dan ada juga yang mungkin terlalu seronok hingga terlupa yang blog telah dipenuhi dengan widget di segenap ruang.

Semakin banyak widget yang di pasang, semakin lambatlah masa untuk proses loading page blog kita. Bagi pengguna blogspot, kita tidak boleh membandingkan masa untuk proses loading dengan pengguna wordpress kerana berbeza dari segi proses download dari hosting.

Dalam memilih widget yang sesuai, perkara paling penting sekali yang perlu kita faham adalah kegunaan dan apa fungsi widget tersebut, dan adakah ianya dapat membantu kita dan juga visitors yang masuk dan membaca entri yang ada didalam blog sama ada dapat menaikkan rating, page view ataupun komen.

Di sini, di senaraikan 10 jenis widget yang perlu ada di dalam blog kita. Widget-widget ini sebenarnya sangat-sangat membantu untuk menaikkan rating, page view ataupun komen pada blog kita.

1. Followers

2. Shout box (Jika perlu)

2. Recent comments

4. Blog Archive

5. Labels

6. Related posts

7. Feed

8. Blog List (Jika perlu)

9. Link list (Jika perlu)

10. Popular posts (Jika perlu)

31 thoughts on “Widget yang perlu ada pada blogspot

  1. kehkehkeh.. alhamdulilah , stakat neh msh blum cukup ag widget2 dari list cikgu nesc tu.. hikhik.. aiza tak suka laa tambah2 widget neh , wat mnyemak jek 🙂

  2. Dulu semua aku ada.tp sbb lambat loding, aku buang semua.yg ada 4 je dari semua di atas.
    nampaknya aku kena pasang semula la ni….kn penting.ok,
    1st Q: macam mana nk buat yg no 4 tu ada gambar ukt disqus?
    2nd Q: apa beza blog list dan link list?mcm sama je…

  3. entri berguna encik nescafe
    tp kan aku x retilaa nk pasang widget yg related post tue
    pening nk cri kod dia
    kau buat camaner ekk?

    *daa pollow pun,hee~
    x kesah pun link broken.

  4. Salam kenkawan boleh tolong.

    Bila saya nak edit catatan pd blogspot sya, tiba-tiba tempat kat kita klik "edit HTML" & "Karang" atas pratonton hujung sekali belah kanan ruangan post tetiba hilang jer. Confius tul. Satu blog ada, satu tak ader.
    Ada kenkawan boleh tolong. camner nak bagi ada balik "edit HTML" & "Karang" tu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *