Semakan Online PLKN 2017 (Official)

Posted on
Semakan senarai nama peserta dan penempatan PLKN (Program Latihan Khidmat Negara) terkini yang terpilih secara Online dan SMS.

semakan plkn

Adakah anda seorang yang lahir pada tahun 1999? Jika ya, anda boleh membuat semakan bagi kemasukan PLKN tahun hadapan. Sila pastikan samada nama anda terpilih atau tidak sebagai pelatih Program Latihan Khidmat Negara 2017.

Sekarang terdapat sejumlah 81 kem penempatan KhidmatNegara di seluruh Malaysia. Anda boleh semak penempatan dan senarai calon PLKN 2017 dengan menggunakan 2 cara iaitu melalui online ataupun secara SMS.

Semakan PLKN 2017 Secara ONLINE (Di Bawah)

Anda boleh semak butiran tambahan seperti di bawah ini :

1. Anda hanya perlu melayari laman yang diberikan di bawah ini untuk menyemak sama ada anda terpilih atau tidak melalui portal rasmi mereka; http://www.khidmatnegara.gov.my

2. Kemudian; anda perlu memasukkan nombor kad pengenalan anda. Anda sudah boleh terus menyemak sama ada anda terpilih atau tidak.

3. Untuk pengetahuan anda semua; tempoh latihan Khidmat Negara di kem penempatan yang telah ditetapkan akan bermula Mac 2017 hingga Mei 2017 selama tempoh 2 bulan melibatkan pelatih kumpulan 1 siri 14 tahun 2017


Semakan PLKN 2017 Melalui SMS

1. SEMAK CALON –> Taip PLKN SEMAK [No KP anda] dan hantarkan ke 15888

2. SEMAK KEM –>  Taip PLKN KEM [No KP anda] dan hantarkan ke 15888

Untuk maklumat anda semua, bagi servis perkidmatan SMS ini, setiap sms yang berjaya dihantar akan dikenakan caj sebanyak RM0.15 manakala setiap sms yang diterima dikenakan RM0.20 ia adalah tertakluk kepada caj telco. Pastikan anda semak melalui online dan sms untuk memastikan anda layak atau tidak ke PLKN.
Jika anda diterima sebagai pelatih Khidmat Negara, anda akan menerima surat makluman yang mana akan dihantar ke alamat rumah anda sebagai rujukan dan tindakan lanjut.

Mereka yang terpilih turut dimaklumkan menerusi surat pemberitahuan yang dihantar ke alamat rumah anda.


P/S : Mungkin anda telah terpilih untuk PLKN 2017? Sila kongsikan kepada kami tentang perasaan dan keterujaan anda sekarang.

Akhir kata, anda juga boleh menghubungi talian 03-40274747 untuk semakan. Untuk keterangan lanjut, sila layari laman sesawang Jabatan Latihan Khidmat Negara (PLKN).

70 thoughts on “Semakan Online PLKN 2017 (Official)

  1. Sya pn sma almat dlam kt pegnalan 2 almat rmah lma. Tpi sya x tkar kt pegnalan bru mcam mna nk tau srat spai kt mna ya? Kn klau nk smak plkn msti kna gna kt pegnalan kn btul x?

  2. saya nak tanya . bagaimana dgn seorang lelaki yg telah berstatus sebagai seorang suami dan mempunyai seorang anak yg msih kecil . tidakkah dia juga sepatutnya dberi pengecualian ?

  3. sy dpt plkn siri 12 /2015 untuk kmpln 2 / 3 , malangnya , bila semak penempatan plkn projek rintis , sy xda dlm senarai , gudluck yg dpt ❤

  4. Ape ni.. saya semak nama tahniah! anda terpilih menyertai program latihan khidmat negara siri 12 / 2015 … tapi bila semak penempatan takda dalam senarai penempatan… kecewa nye… :'( …

  5. Kalau saya nak masuk PLKN untk yg ke2 kali boleh tak ??? I miss PLKN so much ..tahun lepas tak sempat nk blaja ape² pn kt kem …kena banjir :'( …boleh tak bg chance untk kitaorg yg kena banjir ni ??? PLEASE !!!!!!

  6. Kalo isi borang online skrg ini.. Kna pnggil jga kh untuk pggilan kdua???.. Sya brhrap dpt mnyrtai kem ini… Sya sgat brminat dgn kem ini… Sya hrap2 pihak atsan mmilih sya… Eshanabillah L.

  7. Bila boleh cek yang batch 1998 ni ? Sebab ada stengah tu dah sampai surat . Yang volunteer ni takde dpt lansung lg . Curious boleh pergi ke tidak

  8. Aku dpt masuk time 2011 dlu..tp aku tak g sbb dpt tawaran uitm time tu…aku dah buat surat penangguhan die tulis smpai 2014..sampai skang tak pnggil blik pun..adakah dah tahun 2020 nt bru die panggl blik???

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *