Polis Indonesia letupkan kapal nelayan Malaysia

Posted on

Polis Indonesia menenggelamkan sebuah kapal nelayan milik rakyat Malaysia kerana menjalankan aktiviti penangkapan ikan secara haram di kawasan perairan Pandan Islet, Sumatera Utara.

Kapal nelayan yang menggunakan nombor pendaftaran PKFA 7738 diletupkan dengan menggunakan dinamit.

Tindakan berkenaan telah mendapat kebenaran daripada mahkamah.

Ini merupakan kali pertama polis wilayah tersebut menenggelamkan kapal asing yang menjalankan aktiviti penangkapan ikan secara haram di kawasan kawalan mereka.

Sebelum ini, pihak berkuasa Pulau Riau bertindak membakar beberapa buah kapal nelayan haram yang memasuki perairan Indonesia untuk menangkap ikan.

Sumber: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/indonesia-tenggelamkan-kapal-nelayan-asing-1.46054

One thought on “Polis Indonesia letupkan kapal nelayan Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *