Pengambilan Inspektor Dan Konstabel Sukarelawan Simpanan Polis

Posted on

Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan melaksanakan eksesais pengambilan Inspektor dan Konstabel Sukarelawan Simpanan Polis di seluruh Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak bermula bermula dari 16 hingga 30 Oktober 2013.

Permohonan dan maklumat lanjut, sila layari Portal Rasmi PDRM di www.rmp.gov.my (Sistem Semakan Online – SSO).

Syarat dan kelayakan adalah seperti berikut:

1.JAWATAN INSPEKTOR SUKARELAWAN SIMPANAN POLIS LELAKI / WANITA:

– ELAUN PENUGASAN

• Elaun penugasan RM 7.80 sejam

– SYARAT SKIM PERKHIDMATAN

Warganegara Malaysia.

Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak melebihi 45 tahun pada tarikh temuduga.

Kelayakan:

• Telah ditauliahkan sebagai Inspektor Kor Sukarelawan Siswa Siswi (Kor SUKSIS).

• Mendapat kelulusan dan kebenaran dari Ketua Jabatan/ Majikan untuk berkhidmat sebagai Sukarelawan Simpanan Polis.

• Bersih daripada sebarang tapisan rekod keselamatan.

• Tidak menjadi ahli anggota lain-lain badan beruniform yang boleh dikerah tenaga di dalam keadaan darurat.

• Pengawal Keselamatan/Jaga yang bertugas dengan Kerajaan/ Badan Berkanun tidak layak memohon.

• Perkhidmatan Sukarelawan Simpanan Polis adalah tertakluk kepada jadual perintah/ peraturan/ kaedah PVR Regulations 1956, Akta Polis 1967 (Akta 344) dan Perintah Tetap Ketua Polis Negara Bahagian A 502.

2. JAWATAN KONSTABEL SUKARELAWAN SIMPANAN POLIS LELAKI/WANITA

– ELAUN PENUGASAN

• Elaun penugasan RM 6.00 sejam

– SYARAT SKIM PERKHIDMATAN

Warganegara Malaysia

Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak melebihi 45 tahun pada tarikh temuduga.

Kelayakan:

• Tamat SPM atau setaraf dengannya.

• Mendapat kelulusan dan kebenaran dari Ketua Jabatan/ Majikan untuk berkhidmat sebagai Sukarelawan Simpanan Polis.

• Bersih dari sebarang Rekod Jenayah/ Rekod Cawangan Khas.

• Tidak menjadi ahli anggota lain-lain badan beruniform yang boleh dikerah tenaga di dalam keadaan darurat.

• Pekerja-pekerja dari kumpulan Key Personal seperti Hospital/ TNB (breakdown)/ Telekom (teach), Pegawai Keselamatan/ Jaga yang bertugas dengan Kerajaan/ Badan Berkanun tidak layak memohon.

• Sila sertakan 1 salinan kad pengenalan, Sijil Kelahiran, Sijil Akademik dan Sijil Berhenti Sekolah/ Tamat Sekolah.

• Perkhidmatan Sukarelawan Simpanan Polis adalah tertakluk kepada jadual perintah/ peraturan/ kaedah PVR Regulations 1956, Akta Polis 1967 (Akta 344) dan Perintah Tetap Ketua Polis Negara Bahagian A 502.

– KELAYAKAN FIZIKAL

Pemohon – pemohon hendaklah mempunyai ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut:

• Tinggi sekurang-kurangnya: Lelaki: 162cm, Wanita: 152cm

• Berat badan sekurang-kurangnya: Lelaki: 50kg, Wanita: 48kg

• Mempunyai penglihatan yang baik;

• Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat. Dan;

• Diakui sihat oleh Pegawai Perubatan Kerajaan termasuk pemeriksaan X-Ray.

Klik untuk Permohonan jawatan kosong PDRM Polis DiRaja Malaysia

38 thoughts on “Pengambilan Inspektor Dan Konstabel Sukarelawan Simpanan Polis

  1. Semakan Pengambilan Jawatan PDRM untuk jawatan konstabel 2013 x kuar lagi..kami semua yg dah wat ujian fizikal 9/13 lulus..yg mane llus sampai la ni xde keputusan….semua dapat nasib yg sma…….dah skang sibuk dok ambil Inspektor Dan Konstabel Sukarelawan Simpanan Polis 2013….and Permohonan Jawatan Konstabel Bagi Bekas Tentera…..

    1. saya ni antara yg trpilih tmuduga pada tahun 2012 n dapat surat pada 12hb9 2014 n baru smlm pegi taklimat so lpas ni da bleh g training. Bagi yg baru mohon tahun 2014 mereka ada bgtahu pngmbilan tu mybe next year. saya ni da dua tahun tau tgu..
      so bagi yg sudah lulus tgu la pnggilan mybe next year.

  2. sy kt setahun dah..smp skg xde panggilan….da lulus temuduga lisan, dan fizikal…sia2 je amak cuti tnpa rekod nk hdiri temuduga,..dah la jauh tmpt temuduga……menyesal je..dr smngt nk mnymbg bakti skg da tawar hati..hope rakan2 xtrkena mcm sy…

  3. 9/2012 lulus ujian fizikal konstabel tapi sampai sekarang '2014'langsung xda berita mohon pihak tertentu 'pdrm' beri respon yang sewajarnya..

  4. saya pemohon yg memohon pada bulan 5/2012 n syukur lpas 2 tahun tgu da dapat surat pada mgu lepas n da pegi taklimat smlm n tgh tgu nk g training. pgawai atasan ade bgtau senarai menuggu sangat la ramai. so bagi yg nk tau knp da lulus xpnggil2 tu tgu la pnggilan mybe next year kot pada yg mohon pada 2013/2014.

  5. Saya harap penantian saya selama 2 tahun selepas temuduga untuk siri 2,tahun 2013 akan memberi jawapan yg menyenangkan hati..rakan2 saya yg sama menghadirkan diri pd hari temuduga tersebut dan yg sama2 lulus kesemua ujian fizikal dan kesihatan dah pun bertugas..saya bila lagi??

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *