Panduan Cara Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri

Posted on

Panduan Cara Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri.

Solat sunat Hari Raya Aidilfitri ialah antara solat sunat yang dilaksanakan pada Hari Raya Aidilfitri.

Hukumnya ialah sunat muakkad dan amat digalakkan.

Untuk pengetahuan semua, solat sunat Hari Raya Aidilfitri terdiri daripada:

  • Dua rakaat
  • Segala rukun dan syarat serta sunatnya sama sahaja dengan solat fardhu lima waktu, kecuali perkara sunat yang ditambah iaitu bertakbir tujuh kali pada rakaat pertama manakala lima kali pada rakaat kedua
  • Khutbah Solat Hari Raya Aidilfitri adalah sewaktu selesai solat
  • Setelah habis khutbah, Umat Islam digalakkan untuk bersalam-salaman dan menziarahi saudara-mara, jiran tetangga dan sahabat handai

*Khutbah Aidilfitri dari segi rukunnya sama seperti khutbah Jumaat, tetapi sunat dimulakan oleh khatib dengan lafaz takbir sebanyak 7 kali berturut-turut pada khutbah pertama dan 7 kali berturut-turut pada khutbah kedua


CARA MENUNAIKAN SOLAT SUNAT HARI RAYA AIDILFITRI

Sebelum bergerak ke masjid untuk menunaikan solat Hari Raya Aidilfitri, Umat Islam disunatkan mandi dan membersihkan diri besertakan niat.


Lafaz Niat Mandi Sunat Hari Raya Aidilfitri




Lafaz Niat Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri

Rakaat Pertama


  • Dimulai dengan lafaz takbiratulihram dengan menyebut Allahuakbar beserta niat dalam hati
  • Bacaan doa iftitah
  • Lafaz takbir 7 kali diselang seli dengan bacaan tasbih:

  • Bacaan Surah Al-Fatihah
  • Bacaan Surah Al-Quran (disunatkan baca Surah Al-A’laa)
  • Teruskan solat sampai habis rakaat pertama

Rakaat Kedua


  • Dimulai dengan lafaz takbir intiqalat (takbir permulaan rakaat kedua)
  • Lafaz takbir 5 kali diselang seli dengan bacaan tasbih:

  • Bacaan Surah Al-Fatihah
  • Bacaan Surah Al-Quran (disunatkan baca Surah Al-Ghaasyiyah)
  • Teruskan solat sampai habis rakaat kedua
  • Beri salam

Selamat beramal dan menunaikan ibadah. Semoga hidup kita semua diberkati Allah. Ameen.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *