Permohonan Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia RMR1M

Posted on
Permohonan Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia RMR1M
Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) menetapkan empat kriteria utama untuk melayakkan seseorang memohon subsidi perumahan di bawah program Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia (RMR1M).

Empat kriteria itu adalah mempunyai pendapatan seisi rumah di bawah RM3,000, memiliki tanah sendiri, sudah berkahwin dan tidak pernah memiliki rumah sendiri sebelum ini.

Kerajaan akan menyediakan subsidi antara RM15,000 dan RM20,000 bagi membolehkan rakyat membeli rumah mampu milik.

SPNB akan membina tiga jenis rumah mampu milik dengan tiga bilik tidur berharga RM65,000, RM55,000 dan RM45,000.

Contohnya kalau beli rumah berharga RM65,000 akan diberi subsidi RM20,000 maka jumlah pembiayaan rumah itu hanya RM45,000. Sekiranya membeli rumah berharga RM55,000 akan diberi subsidi RM17,500 manakala untuk rumah berharga RM45,000 akan diberi subsidi RM15,000 maka harga asal rumah akan ditolak dengan jumlah subsidi untuk memohon pembiayaan.

Sumber: http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/ge/newsgeneral.php?id=984498

Klik untuk makluman Program Rumah Mampu Milik RMM

Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah,Sarawak, Selangor, Terengganu, Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, Labuan, Putrajaya,

65 thoughts on “Permohonan Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia RMR1M

  1. Saya ade tanah di melaka.saya seorang surirumah.tidak bekerja dan duduk di singapore.suami saya saja yang bekerja.gaji suami $1600-$2000.
    Soalannya.bolehkah saya memohon untuk membina rumah mesra rakyat.????

    1. Salam. .RMR1M ni, telah ditetpkn paternnya.. ataupn pemohon berhak memilih peternnya ye. Mohon penjelasn. TKASIH

  2. betul ke kena nama pemohon mesti ada alam geran?Saya dimaklumkan itu syarat bank yang terkini.jadi pemohonan kami tidak dapat diperoses selagi nama pemohon tiada dalam geran.hampaaaa.harap ada yang memberoi pencerahan.

    1. Ada bank yang benarkan tetapi sebagai langkah keselamatan adalah lebih baik geran atas nama sendiri, kerana akan timbul masalah kemudian hari bila si pemilik geran boleh tuntut rumah tersebut TANPA BAYAR sesen pun .. walhal pinjaman rumah atas nama anda.

  3. Mcm mne klo utk org yg blum berkahwin dan tidak mmpunyai tanah? Bukan smua org mempunyai Harta peniggalan dan mampu utk mempunyai kekasih… harap dipertimbangkn syarat2 dan kelulusan utk memohon..

  4. Saya mahu memohon tapi nama pasangan saya digunakan sebagai nama pendua untuk rumah ibu pasangan saya..blh atau tidak saya memohon????

  5. dh masuk 2thn sy memohon..geran tanah suma dh ambil tp rumah xjd rumah lg..tapak rumah pun dh penuh lalang..bole sy taw kpada siapa harus sy rujuk..sy ada pergi ke pejabat wakil rakyat tp tiada tindakan lanjut yg dibuat oleh beliau…

    1. Sama jugak macam saya. Geran tanah sume dah ambil, tapak tanah dah nak jadi bendang. Dah 3 tahun.. Alih2 ckp dah dibatalkan pulak. PAS tu sekarang geran pun ntah ke mana

  6. Klu tanah tersebut belum ada status geran,tetapi telah di sukat oleh jabatan tanah dan ukur dan dlm proses utk mengeluarkn geran atas nama pemilik..boleh tk memohon..??

  7. Salam semua.. Saya nak tanya macam mana nak check status permohonan rumah mesra rakyat ni ye? Dah lebih setahun borang saya hantar tak pernah tahu pn status permohonan saya. Saya dari Sabah mohon penjelasan.. Tq

  8. Saya dimaklumkan skrg ni kita perlu membayar RM270 setiap bulan selama 25thn.. kalau mcm tu jumlahnya jadi RM81000. Mcm mna yg kata kita kena bayar RM45000 sahaja? Boleh siapa tolong perjelaskan?

  9. Nilai rumah memang rm45k klu dibeli dgn cash.klu buat loan of coz de interest.sbb tu jd 81k..bank x kn bg pinjam mcm tu jerk…mcm kita beli kereta jgak

    1. Kononnya subsidi 20k..dan interest 2% akan di tanggung oleh kerajaan.. sy congak2 kita byr 270 sebln.. interest dh lbih krg 7%. Itu yg dibayar kita.. tambah 2% yg kerajaan byr adakah total sume 9% interest?

  10. saya ada tanah yang masih belum dapat ditukar nama bolehkah saya memohon rumah prima. suami saya ada rumah yang diduduki oleh ibu dan ayahnya kerana sewaktu pembelian hanya menggunakan nama suami saya tetapi bayaran dibuat oleh adik beradik mereka…

  11. Kalau Ada niat nak bagi. Bagi lah dgn mudah jangan sampai mau dpt kan Borang pn payah.. Maklumat tk sampai ke golongan sasar.. Ini menambahkan kebencian rakyat.

  12. Saya hendak memohon Rumah mesra rakyat. Sekarang hendak download borang RMR semenanjung Malaysia tetapi tak boleh. Please help. Thanks.

  13. SAYA NAK MEMOHON RUMAH MESRA RAKYAT 1 MALAYSIA .SAYA ADA TANAH SENDIRI TAPI TAK MAMPU UNTUK MENDIRIKAN RUMAH.GAJI TAK SAMPAI RM 2000.ANAK 5 ORANG.SEMUA MASIH BERSEKOLAH .

  14. Sya hrap ada la mna2 phak yg sdi mmbntu sya dan suami,sya dan suami dah lma hdp menumpang ngan kak ipar sya dri thun 2011 shngga la thn bru 2016 ni….sya mhon kpda mna2 phk sdi lh bntu kmi yg ssh ni….

  15. shalom,,,bapa saye ada tanah tapi kalau saya anak dia mohon boleh ke?kita orang golongan miskin tegar bahagian pendalaman…

  16. Saya sangat pelu kan rumah untuk sendiri dgn anak istir saya sebab saya x ada rumah masih be kerja Dan tinggal kat rumah sewa gaji kurang memuas kan jumlah gaji hanya rm1000 sebulan.sebulan.bolah kah saya memohon rumah 1.1.malaysia.

  17. Assalamualaikum…saya ingin memohon bantuan perumahan mesra rakyat,saya ada tapak untuk pembinaan rumah tpi geran tanah atas nama arwah mentua.dan geran tanah belum tukar nama,penama kedua,persoalannya bolehkah saya memohon,bantuan perumahan?saya harap pihak berkenaan dpt beri jawapan.trimah kasih,saya berasal Tawau Sabah.

  18. Nak Tanya sebelum adik saya sudah dapat umah mesra rakyat hampir 10 tahun yg lepas Dan German tanah masih ada di bank…sekiranye saya ingin memohon rumah mesra rakyat at as geran tanah yang sama boleh tau tidak..ape syarat2nye..

  19. salam saya nak tanya jika kakak saya telah pun buat rumah dibawah SPNB dan geran digadaikan di SPNB,apakah masih boleh saya memohon dengan SPNB untuk membina rumah saya ditanag tersebut.Pegawai di johor bahru kata tak boleh tapiu di kuala lumpur kata boleh bina rumah kedua dan ketiga atas tanah yang sama ,mohon pencerahan

  20. Assalammualaikum…saya nak bertanya kalo tanah saya tak ade..kalo ade rumah mak saya tapi tak ade geran cuma ade lesen penduduk sementara..geran dalam proses …adakah saya layak memohon walaupun tanah nama mak saya yang mohon menantu lelaki..

  21. assalamualaikuum..

    macam sy nama dlam geran tu nama mak sy..tapi geran tun kongsi dengan 4 orang jiran sebelah rumah. sy nak mohonkan mak saya tp sudah beli rumah lain ..boleh ke sya guna nama sy utuk mohon umh tu

  22. Saya berasal dari sabah tapi tinggal dan berkerja di selangor.saya nak tanya,Saya tak ada tanah sendiri dan belum memiliki rumah sendiri.saya menyewa sekarang.Boleh kah saya memohon rumah mampu milik dengan gaji rm1600

  23. Asslm sy fazli dr k.berang tgganu. Sy pulak oku yg kini nk pencen ilat sbb sakit sokmo. Boleh x sy bantuan rumah? Mmg gaji sy leni tinggi xpi sy hnya lbih sikit saja. Pulak sy ada 8 org anak serta isteri yg x berkerja.

  24. Saya sudah memiliki sebuah rumah kos rendah dan sudahpun langsai membayar loan bank..tetapi sy tdk tinggal di rumah itu kerana tidak selesa.isteri saya mempunyai sebidang tanah atas namanya dlm geran sy ingin bertanya layakah sy memohon rumah mesra rakyat ini..sy amat berharap permohonan sy ini layak kerana sekarang ini sy menumpang di rumah mertua..dan berapa peratusan permohonan sy ini layak boleh sapa2 terangkan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *