Jquery Slideshow Header di blogspot

Posted on

Jika anda memahami apa itu JQuery, pasti anda akan bersetuju yang efek JQuery adalah berbeza dengan efek Javascript dan HTML yang biasa kita guna dan pasang di dalam blog. Efek dari JQuery lebih cepat, mudah dan ringan.

Untuk melihat efek-efek JQuery, anda boleh melayari  Jqueryui.com.

Jquery Slideshow Header.

Satu lagi efek jquery yang di rasakan sangat mudah untuk di cuba. Slideshow header yang boleh anda lihat di sini(sila klik), sememangnya sangat menarik dan mudah untuk di pasang di blogspot. Anda tidak perlu menggunakan sebarang software atau teknik flash yang sukar dan sedikit membebankan dari segi loading. Ini kerana script jquery adalah ringan dan efek yang terpapar adalah ‘smooth’. Ia berbeza dengan teknik javascript dan HTML biasa yang di lihat efek pergerakannya adalah kaku, tidak menarik dan ada kalanya tersekat-sekat.

Untuk melihat contoh penggunaan Jquery Slideshow Header pada blog yang sememangnya sangat menarik dan cantik, sila layari  labuat.com/

Tutorial untuk memasang Jquery Slideshow Header akan di paparkan pada entri yang akan datang.

12 thoughts on “Jquery Slideshow Header di blogspot

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *